Resources

  • Review Produk Anda Di Sini
  • Sekiranya anda berminat produk anda untuk direview anda boleh emailkan kepada kami di jomreview[at]gmail.com. Produk berkaitan perniagaan internet sahaja ya =)

Subscribe

  • Subscribe

Review buku Rahsia Buat Duit dari Rumah

Posted by Madno | February 20, 2010.

Buat Duit dari Rumah

Itu adalah tajuk buku yang ingin saya review. Buku ini telah lama berada di pasaran dan ia ditulis oleh Rozani Pawan Chek, best seller buku Menjadi Jutawan MLM. Apa yang boleh saya katakan buku ini menyentuh aspek luaran dalam buat duit dari rumah.

Buku ini menyentuh 2 bahagian atau teknik iaitu bagaimana anda dari rumah dapat menjana pendapatan dengan mail order atau dengan kata lainnya jualan secara pos. Dan bahagian kedua, penulis menyentuh secara detail mengenai perniagaan secara online. Berdasarkan apa yang saya baca dalam buku ini, penulis lebih menumpukan pada bahagian dua berbanding dalam bahagian pertama. Mungkin kerana banyak info yang boleh disampaikan mengenai perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional iaitu mail order.

Bahagian satu: Buat duit secara pos (mail order)

Dalam bahagian ini penulis menerangkan secara detail mengenai buat duit pos ini. Adakaha anda tahu buat duit pos nih macam mana? Buat duit pos lebih kurang seperti anda menjalankan perniagaan secara pos. Anda promosikan produk anda melalui pengiklanan di majalah-majalah tempatan dan juga akhbar-akhbar tempatan. Di dalam iklan tersebut, anda menyuruh mereka menghantar surat yang berisi sampul kosong dan hantar pada alamat yang ditetapkan. Kemudian sekiranya ada pembaca akhbar yang berminat dengan iklan anda, mereka akan menghantar surat yang berisi sampul kosong ke alamat anda. Setelah menerima surat tersebut, anda akan menhantar brochure pada alamat yang tertera pada surat tersebut.

Konsepnya sama seperti perniagaan online di mana, anda memberikan nama dan email anda dan kemudian pihak ketiga tersebut akan ‘follow up’ anda dari semasa ke semasa mempromosikan produk mereka. Maka, konsepnya pun sama seperti dalam bisnes wang pos ini. Beri alamat anda dan mereka akan promosikan produk mereka. Dalam buku tersebut turut memberikan idea tentang produk apa yang ingin anda jual secara pos. Penulis menyarankan supaya membuat produk informasi ia lebih mudah untuk dihasilkan dan lebih mendapat permintaan. Atau sekiranya anda seorang ahli MLM dan ingin merekrut ahli bawah untuk join tanpa kena buat closing and so on. Teknik ini pun boleh diguna pakai.Penulis juga mendedahkan teknik untuk menulis iklan, brosur yang berkesan dan meningkatkan conversion rate. Tidak lupa juga penulis ada memberikan sumber-sumber firma dari luar negara sekiranya anda berminat untuk buat duit dari rumah.

Komen: Saya agak tertarik dengan teknik ini tapi saya masih lagi belum dengar mana-mana penjual yang menggunakan teknik ini. Mereka lebih prefer teknik pengiklanan secara biasa sahaja. Ataupun mungkin penjual-penjual sekarang sudah advance dengan peredaran masa dan teknologi di mana internet dijadikan sebagai medium pemasaran. Saya mengklasifikasikan teknik ini sebagai teknik tradisional berbanding teknik moden iaitu pemasaran secara online yang akan diterangkan dalam bahagian dua buku ini. Dan saya juga merasakan teknik ini agak melecehkan kerana pelanggan terpaksa menghantar surat pulak mendapatkan lebih informasi berkenaan produk tersebut. Dalam setiap perniagaan internet, kita harus memudahkan segala proses kepada pelanggan bukannya menyusahkan. Ini akan menyebabkan pelanggan hilang minat terhadap produk yang kita tawarkan. Yang baik mengenai teknik ini ialah kurangnya persaingan dalam niche anda. Mungkin ini kelebihan sistem mail order tersebut.

Bahagian dua: Buat duit dari rumah secara online

Hmm. Pada bahagian dua ini saya sebenarnya kurang berminat untuk mengulas dengan lebih lanjut sebab perkara yang disentuh kebanyakannya adalah asas. Saya akan menerangkan serba ringkas pada bahagian kedua buku tersebut.

  1. Dapatkan idea
  2. Dapatkan domain name dan juga hosting
  3. 1001 teknik promosi dalam buat duit online

1. Penulis menyarankan supaya kita menjual produk yang berasaskan maklumat dan juga software. Tetapi, untuk pengetahuan anda, bukannya mudah untuk mencari maklumat yang betul-betul diperlukan orang. Sebenarnya perkara ini tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu mudah seperti yang dijangka. Perkara paling utama sekali ialah niche apa yang sesuai dengan anda. Adakah berkaitan dengan Internet Marketing? Niche kesihatan? Dalam buku tersebut, perkara ini tidak disentuh.

Menentukan niche adalah sangat penting kerana jika salah niche anda akan kerugian. Di Malaysia, niche yang paling laku sekali adalah niche business to business (B2B). Atau dengan kata lain ialah niche buat duit. Niche ini berkembang dengan begitu pesat sekali dan persaingan juga semakin ketara. Tapi itulah, niche ini selalu menjanjikan perkara yang tidak realistik dan terlalu hype. Anda harus berhati-hati. Mereka mengatakan ebook mereka adalah yang terbaik dan menjanjikan pulangan yang lumayan tapi ia tidak selalunya begitu.  Anda harus dapatkan review dari mereka yang sudah mendapatkan ebook tersebut dan tanyakan kepada mereka sama ada ebook tersebut sesuai atau tidak dengan anda.

2. Domain dan hosting. Perkara ini tidak diterangkan secara detail. Sekadar tips untuk memilih hosting dan domain yang bagus. Tidak ada perkara yang menarik untuk dibincangkan.

3. Teknik promosi yang penulis huraikan terlalu banyak. Ada yang praktikal dan ada yang tidak. Ada 13 teknik promosi yang diterangkan dalam buku ini.

  • Belajar SEO
  • Promosi melalui direktori dan Yellow Pages
  • Promosi melalui PPC
  • Promosi melalui Ebook
  • Promosi melalui program affiliate
  • Ezine
  • Forum
  • Link Exchange
  • Ebay
  • Ruangan Chat
  • Banner Exchange
  • Blog

Dan di bahagian akhir, satu bahagian khas untuk memotivasikan anda dalam meneruskan perniagaan buat duit dari rumah.

Komen: Buku ini bagus untuk anda yang masih lagi newbie dan ingin berjinak-jinak dalam memulakan perniagaan internet. Tetapi berdasarkan pengamatan saya dalam penulisan beliau, saya agak ragu-ragu dalam kredibiliti beliau dalam perniagaan internet. Banyak info yang beliau berikan seperti dicedok dari satu sumber yang lain. Dan bukannya atas dasar pengalaman beliau dalam menceburi perniagaan internet. Mungkin beliau dikenali dalam MLM tapi tidak bagi saya dalam perniagaan internet.

Rate untuk ebook ini: 3/5


Download Wordpress versi 2.9.2 latest update

Posted by Madno | February 16, 2010.

Wordpress baru sahaja mengupdate kepada versi yang lebih update, 2.9.2. Terdapat bug di mana setiap user yang login ke dalam wordpress dapat melihat ‘post thrash’ yang ditulis oleh penulis.

Download Wordpress 2.9.2

Buat Duit Ebay: Teknik Kajian Produk Fizikal Oleh Sifu Zacky

Posted by Madno | February 11, 2010.

Setelah berbulan-bulan lamanya tidak mengupdate blog nih, akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk menulis. Mungkin menulis nih bukan kegemaran saya kot. Malas nak berleter panjang, hari ini saya nak kongsikan kepada pembaca satu ebook yang saya rasakan sangat bernilai dan berbaloi untuk anda memilikinya. Ebook ini ditulis oleh sifu zacky yang terkenal di forum wangcyber. Tapi sekarang mungkin beliau agak busy dengan projek undergroundnya.

Perniagaan internet: Ebay

Untuk memulakan perniagaan dalam Ebay. Satu-satunya perkara terpenting sekali adalah dengan melakukan research. Ramai yang gagal dalam ebay sebab mereka tidak membuat research dengan betul dan mereka tak tau produk apa yang mempunyai demand yang tinggi. Setelah anda membuat kajian dengan teliti, kemudian barulah anda memulakan langkah seterusnya iaitu mencari supplier dan mula menjual. Dengan teknik kajian inilah menentukan jatuh bangun anda perniagaan ebay ini. Membuat research bukan perkara yang sangat susah sampaikan anda blok minda anda untuk tidak melakukannya. Sepanjang pengalaman saya bermain dengan ebay nih. Perkara yang paling mencabar sekali ialah bagaimana nak berurusan dengan pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan perkara yang kedua mencabar ialah melayan kerenah ebay yang entah apa-apa meletakkan polisi. Tapi itu semua bukanlah halangan untuk meneruskan perniagaan internet dengan berebay.

Sudah ramai orang yang terjun dalam dunia ebay ini berjaya. Belajar ebay tidak sesusah seperti affiliate dan juga model-model perniagaan internet yang lain di mana anda perlu mencari trafik dan mailing list untuk menjana pendapatan. Termasuk juga anda memerlukan ilmu mengenai pembinaan laman web yang sememangnya melecehkan. Tapi adatlah dalam setiap perniagaan. Tiada yang mudah dan semuanya memerlukan usaha.

Langkah-langkah dalam perniagaan ebay

  1. Buat research tentang produk yang ingin anda jual.
  2. Cari supplier murah untuk mendapatkan produk untuk dijual.
  3. Tentukan masa yang terbaik untuk listkan di ebay
  4. Bila terjual, mula menghantar barang.
  5. Berurusan dengan pelanggan ebay sekiranya terdapat sebarang masalah
  6. Done!

Itu sahaja! Tetapi dalam banyak-banyak langkah tersebut benda yang penting anda perlu buat ialah pada langkah 1. Dan kemudian perkara yang paling susah nak cari ialah langkah 2. Kemudian langkah yang seterusnya anda perlu mengalaminya sendiri.

Panduan Research Produk Fizikal oleh Sifu Zacky

Ebook ini menerangkan kepada anda sumber-sumber laman web untuk anda melakukan research dalam perniagaan Ebay. Hatta sebenarya anda boleh research daripada laman Ebay itu sendiri. Penulis tersebut menerangkan secara detail setiap satu source tersebut beserta dengan gambar rajah sekali.

Dapatkan di sini

Owh lupa pula. Tidakkah saya kata ianya percuma?

Anda juga boleh melawati forum wangcyber dan lihat pada thread ebay yang diasaskan oleh sifu Mansurbiz. Terlalu banyak info ebay yang dikongsikan tanpa sesen pun bayaran. Apa yang diperlukan hanya usaha anda untuk memulakan bisnes ini sahaja.

Pentingnya Mailing List dalam perniagaan internet

Posted by Madno | October 24, 2009.

Salam sejahtera,

Dalam perniagaan internet, anda wajib ada mailing list. Jika tiada perniagaan internet anda ibarat tidak mempunyai jantung yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Begitulah juga dengan mailing list di mana ia merupakan antara aset perniagaan yang terpenting dan sekiranya seseorang tersebut kehilangan mailing list, mereka boleh bankrup besar! Terdapat banyak cara anda boleh kumpul mailing list. Dan salah satu cara terbaik adalah..

1. Berikan something yang percuma.

Berikan something yang mempunyai value kepada pelawat. Something yang berguna. Dan apabila pelawat dapat daripada anda mereka akan berterima kasih kepada anda sebanyak-banyaknya kerana jarang dijumpai diinternet. Salah satu contoh ialah ebook informasi. Anda boleh berikan maklumat yang berguna yang tidak ramai orang mengetahuinya. Atau kalau target market anda newbie, anda boleh berikan pendedahan mengenai selok-belok niche anda.

Kalau anda tidak ada idea anda boleh cari idea tersebut pada ebook-ebook bahasa Inggeris yang lain dan kemudiannya dan terjemahkan sahaja ebook tersebut. Dan tambah mana-mana yang perlu supaya ia lebih praktikal dan berguna kepada pembaca.

Dan kemudian anda boleh la promosi ebook anda untuk mendapatkan list. Pelawat sememangnya suka benda yang free dan anda boleh promosi dengan apa cara sekalipun sama seperti anda promosi produk anda.

2. Pastikan landing page anda convert well.

Walaupun ebook anda itu bagus tapi kalau landing page atau squeeze page anda tidak bagus tak guna gak. So cuba kaji mana-mana landing page yang menawarkan produk secara percuma dan kemudian cuba tiru apa yang perlu di tambah. Teknik ini amat penting supaya nilai conversion rate anda adalah tinggi. Tak tahu macam mana conversion rate berfungsi? Baiklah sebenarnya anda perlu split test page anda di mana anda mempunyai landing page A dan juga landing page B. Kedua-duanya adalah page yang sama tapi anda perlu edit bahagian-bahagian tertentu untuk melihat mana satu page yang conversionnya tinggi. Sebagai contoh page A dan page B mempunyai 100 pelawat setiap satu dan page A mempunyai 30 yang convert sebagai subscriber anda dan page B pula mempunyai 50 yang berjaya convert. So A=30/100 dan B=50/100 dan sudah tentu page B lebih berkesan untuk menarik pelawat bertukar menjadi subscriber anda. Dan anda boleh test berulangkali bagi memastikan conversion anda mencapai setinggi yang mungkin.

3. Promosi, promosi dan promosi.

Anda fikir dengan hanya ada produk yang bagus tapi promosi hampeh anda boleh hasilkan list yang banyak? Of course mustahilkan. Dari pandangan saya terdapat beberapa teknik promosi yang IM selalu lakukan dan resultnya cepat, banyak dan sudah tentunya targeted. Salah satu caranya ialah dengan melakukan JV. Anda boleh berJV dengan IM2 yang lain mengenai produk percuma anda dan sekiranya mereka bersetuju anda sudah beruntung!

Anda boleh lakukan PPL di mana anda boleh mengajak rakan-rakan IM anda dan anda boleh ajak rakan JV anda untuk turut serta dalam program PPL ini. Program Pay Per Lead adalah program di mana setiap lead yang mendaftar melalui link affiliate, mereka akan diberikan komisen. Bergantung pada setiap program komisen di Malaysia lebih kurang RM0.25 hingga Rm1.00 setiap lead. Anda juga boleh buat program seperti  ini sekiranya anda ingin mendapatkan list yang banyak dalam masa yang sangat singkat.

Itu merupakan antara promosi yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan hasil dalam masa yang singkat. Tetapi anda harus mempunyai modal yang cukup untuk membayar komisen kepada para affiliate yang berjaya menghasilkan jualan. Kalau takda duit, anda boleh buat promosi dalam pelbagai medium percuma seperti blog, facebook, forum dll. Walaubagaimanapun hasil yang anda dapat mungkin lambat sedikit berbanding dengan cara yang berbayar.

Review Tutorial Panduan Sistem Affiliate Lite

Posted by Madno | September 28, 2009.

Sistem Affiliate

Pada anda yang tahu mengenai sistem affiliate pasti anda tahu apa kelebihannya bukan? Sistem affiliate merupakan sistem yang akan membayar para agen affiliate yang berjaya menghasilkan jualan hasil promosi mereka. Agen-agen affiliate tersebut akan diberikan bahan-bahan promosi seperti banner2 dan artikel yang mengandungi link affiliate id untuk setiap agen affiliate yang mendaftar.

Baiklah senang cerita macam nih la. Saya daftar sebagai agen affiliate untuk satu-satu program. Apabila berjaya didaftarkan, saya akan diberikan link affiliate id yang bentuknya lebih kurang begini.

[http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=dayat]

Selain itu, saya akan diberikan bahan2 promosi seperti yang saya nyatakan dan kemudian bermulalah jawatan saya sebagai affiliate marketer mempromosi produk tersebut dimerata-rata tempat seperti blog, forum,mailing list dan sebagainya.

Apabila ada prospek yang klik dan membeli dari link tersebut, saya akan diberikan komisen seperti yang ditetapkan semasa saya mendaftar tadi. Macam MLM jugakla. Jika produk tersebut berharga RM 50.00 dan komisyen tersebut sebanyak 50%, bermakna setiap kali jualan yang saya lakukan akan menghasilkan pendapatan RM25.00 untuk setiap satu produk tersebut.

Sistem affiliate ini memerlukan script untuk dijalankan dan script yang saya akan review adalah script affiliate lite.
Pertama sekali, apa yang menarik minat saya mengenai software ini adalah, interface script ini sangat kemas, sangat profesional dan tidak berserabut. Script tersebut sangat mudah difahami apatah lagi dengan cara memasangnya keraba disediakan video tutorial langkah demi langkah

Okay sistem affiliate lite ini dibangunkan oleh saudara Amirol dan script yang digunakan merupakan updated version berbanding dengan software Post Affiliate Free. Jika ingin dibandingkan, terlalu banyak perbezaan dan features yang telah diupdate sesuai dengan bentuk pemasaran tempatan.

Baiklah kita akan lihat setiap satu kelebihan yang ada pada Sistem Affiliate Lite dan juga Post Affiliate Free.

Sistem Affiliate Lite

Interface yang profesional. Mudah untuk difahami dan user friendly. Tak payah nak pening2 kepala dah. Dibahagian pengguna anda boleh lihat siapa yang berjaya membuat jualan dan mendahului carta. Anda boleh lihat pada bahagian ‘Statistik TOP Agen Affiliate Terbaik!’ Di sini, sesiapa yang berjaya dapat menghasilkan jualan tertinggi, nick id tersebut akan terpapar dan para agen affiliate yang lain akan lebih bermotivasi untuk menghasilkan jualan.

Untuk bahagian admin pula, setiap bahagian telah diubahsuai dengan baik dan kemas dan untuk versi yang terbaru. Terdapat satu function yang boleh membantu anda mengenalpasti pendaftaran IP yang berulang-ulang kali. Terutamanya dalam program PPL, akan ada agen affiliate yang akan melakukan penipuan seperti mendaftar berkali-kali menggunakan email yang berlainan dan mereka menyangkakan mereka akan mendapat komisen dengan cara berikut. Hakikatnya pihak admin boleh detect dengan melihat IP address mereka. Selalunya, IP address yang sama dipaparkan. Sekiranya pihak admin terlihat IP address yang berulangkali dihasilkan, maka mereka  tidak teragak-agak untuk ban mereka. Pada versi terbaru sistem affiliate lite, apabila IP address yang sama didaftarkan berulang-kali, penghasilan komisyen secara automatik tidak dapat dihasilkan. Ia juga turut diintegrasi dengan sistem PayPal untuk memudahkan pembayaran selain online banking.

Kerana sistem affiliate lite adalah berbayar, sudah tentu script ini turut memberikan support kepada pengguna. Anda boleh bertanyakan segala masalah yang berkaitan dengan script tersebut dan saya sebagai reseller yang sah akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda sehingga anda berjaya menggunakan script tersebut.

Video tutorial lengkap juga turut disediakan bagi membantu anda step-by-step bagaimana anda boleh memasang script tersebut dan menggunakannya dengan optimum. Bagi saya video tersebut amatlah jelas penerangannya dan sangat mudah difahami. Setiap aspek teknikal  diterangkan secara detail dan anda boleh mengikutinya dalam masa yang singkat. Saya mengambil masa satu jam sahaja untuk mengaplikasikan setiap apa yang diajarkan dalam tutorial tersebut dan inilah hasilnya.

http://www.minisiteforwp.com/aff

Saya menghasilkan program Pay Per Lead(PPL) menggunakan software ini dan ia berjalan dengan jayanya.

Post Affiliate Free

Banyak kekurangan yang ada pada script ini dan disebabkan script ini sudah tidak diupdate lagi, masih terdapat banyak bug yang menghantui pengguna. Interface script ini adalah terlalu basic dan anda perlu mengubahsuai mengikut kepakaran anda dalam bidang grafik. Walaubagaimanapun script ini tetap berfungsi secara basic dan boleh detect jualan yang dihasilkan. Masih ramai juga IM yang menggunakan script ini tapi dari semasa ke semasa, ramai IM berhijrah menggunakan Affiliate Lite.

Disebabkan script ini adalah free, maka bantuan support tidak diberikan. Sekiranya terdapat masalah anda terpaksa menjenguk forum dan fixkan sendiri.  Juga tidak ada tutorial yang diberikan untuk script ini.

Secara kesimpulannya, bagi memudahkan kerja anda  dalam memasarkan produk, Sistem Affiliate Lite amat sesuai digunakan untuk market tempatan dan juga global. Features2 baru akan diupdate dari semasa ke semasa untuk memudahkan pengguna. Tetapi sekiranya anda adalah programmer yang suka try and error dalam programming anda boleh dapatkan Post Affiliate Free dan anda boleh edit mengikut selera anda kerana ia adalah open source. Cumanya jika anda buta teknikal, script ini tak sesuai untuk anda. Anda perlu mengupah orang lain untuk memasang script tersebut untuk anda. Mengapa perlu upah orang jika anda boleh memasangnya sendiri dengan Panduan Sistem Affiliate Lite?

Dapatkan Sistem Affiliate Lite di sini. Dan saya jamin anda pasti amat berpuas-hati dengan script tersebut.

Rating: 9/10

p/s: owh sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai script ini, anda boleh tanya dibahagian comment di bawah atau anda boleh emailkan saya di jomreview[at]gmail.com