10 Teknik Meningkatkan Trafik ke Dalam Blog Anda : Bahagian 4

by Madno on March 1, 2009

Sebelum ini saya ada memberitahu anda mengenai web design galleries. Kali ini saya akan beritahu anda satu lagi teknik meningkatkan trafik ke dalam blog anda.

1. Hantarkan post anda ke blog karnival.

Konsep : Secara asasnya karnival blog ini merupakan tempat bloggers mengumpulkan post yang berkaitan dengan sesuatu topik. Bloggers akan bersama-sama menyumbangkan artikel yang berkaitan dengan niche mereka. Kemudian koleksi-koleksi link tersebut akan dipostkan ke dalam setiap blog mereka.

Ia bergantung kepada berapa jumlah bilangan bloggers yang menyertainya dan sekiranya ramai, peluang untuk mendapat backlink yang banyak dan trafik yang tinggi adalah sangat cerah.

Anda boleh lihat contoh-contoh karnival blog ini seperti dalam Daily Blog Tips tulisan Daniel Scoco.

So bagaimana untuk anda bermula. Membina komuniti untuk menjalankan karnival blog ini agak sukar dan tidak banyak yang menyertainya. Maka, cara paling senang sekali adalah dengan melawat  BlogCarnival.com dan anda carilah karnival-karnival yang berkaitan dengan niche anda dan kemudian hantarkan artikel emas anda.

Terdapat juga bloggers-bloggers lain yang menganjurkan karnival seperti ini so anda kena alert supaya tidak terlepas peluang. Kalau mereka tidak mulakan, saya yang akan mulakan :)

Anda boleh mulakan karnival anda sendiri di blog anda dan kemudian minta bloggers yang lain untuk mulakan karnival yang seterusnya.

Selamat berjaya :)

{ 5 comments… read them below or add one }

AwengShah March 17, 2009 at 2:10 am

Salam. kalau nak buat tarik traffic dalam website boleh x?

admin March 19, 2009 at 1:36 am

Teknik ini sesuai kalau buat dalam blog supaya dapat menarik backlink yang banyak dari blog-blog yang lain. Kalau dalam website, kena tengok juga website tersebut jenis website apa.

baha March 31, 2009 at 9:05 am

tak de masa nak buat …8am-7.30pm kerja…pas tu sambung promote bisnes…. tak tau bila nak hantar

pedagang July 29, 2009 at 1:13 am

aa…saya pun nak tau juga

ibrahim August 20, 2009 at 7:24 pm

salam sahabat boleh kita bersama memajukan prodak masing

Leave a Comment

Previous post:

Next post: