Salam sejahtera.
Hari ini saya akan dedahkan teknik di mana ia adalah sedikit berlainan daripada teknik kebiasaan yang digunakan oleh IM sekarang. Sebenarnya banyak teknik trafik yang boleh digunakan seperti bina post yang berkualiti, hantar artikel ke direktori, helpful in forum dan sebagainya. Saya tidak nafikan memang semua teknik tersebut sangat membantu tapi teknik-teknik tersebut kita sudah biasa dengar dan kita inginkan kelainan. Lagipun teknik tersebut adalah tipikal dan banyak artikel mengenainya sudah dibincang oleh IM-IM yang lain. So saya nak larikan sedikit dari kebiasaan. Mungkin teknik ini adalah tipikal bagi sesetengah orang dan mungkin tidak bagi sesetengah yang lain.
Hari ini saya akan dedahkan tiga teknik pertama dan tujuh teknik yang lain saya akan postkan dalam dua post yang berikutnya. So apakah teknik-tekniknya?
1.Adakan contest dalam blog anda.
Saya tanya anda siapa di sini yang tidak suka hadiah? Semua suka. Jadi gunakan cara ini untuk meningkatkan bilangan pelawat secara dramatik ke dalam blog anda. Anda boleh gunakan apa-apa bentuk pertandingan mengenai blog anda dan berikan hadiah kepada pemenang sekiranya pemenang tersebut memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan dalam syarat pertandingan anda. Anda bebas memilih jenis hadiah apa yang ingin diberikan kepada pemenang. Sama ada sejumlah wang mahupun hadiah berupa e-book, software dan sebagainya. Pastikan anda rancang dahulu pertandingan jenis apa yang ingin anda lakukan dan bagaimana pertandingan itu memberikan keuntungan kepada anda.
Sebagai contoh, anda boleh mengadakan pertandingan komen terbanya dalam blog anda. Sesiapa yang berjaya menghasilkan komen pertama dan yang terbanyak dalam blog anda akan dijadikan pemenang. Syarat-syarat penyertaan anda boleh tetapkan seperti subscribe RSS di dalam blog anda sebelum menyertai pertandingan atau subscribe newsletter anda untuk mendapat mata tertentu. Hadiah yang disediakan ialah sejumlah wang tunai RM 50 kepada pemenang. Lancarkan pertandingan anda di forum-forum seperti wangcyber.com, jombincang dan sebagainya. Dekat sana anda akan lihat banyak forumer yang berminat untuk menyertai anda. Lakukan follow up di blog anda seperti senarai nama yang menyertai pertandingan anda dan sebagainya.
2.Hantar artikel anda di blog-blog niche.
Dalam pasaran Malaysia saya lihat tidak banyak artikel direktori yang membenarkan artikel berbahasa Melayu yang boleh dimuatkan. Seperti anda maklum menghantar artikel ke direktori artikel adalah penting untuk mendapatkan trafik yang banyak daripada laman direktori tersebut. So kita mesti mencari alternatif lain iaitu dengan menghantar artikel di blog-blog dalam niche anda. Cari blog-blog yang popular dan kurang diupdatekan dan hubungi owner blog tersebut melalui e-mail dan tanya sama ada mereka ingin mendapatkan khidmat anda untuk menyumbang artikel tersebut di dalam blog mereka.
Kalau anda lihat, problogger.net sendiri mendapatkan khidmat ‘ghostwriter’ sekiranya dia sendiri tak dapat nak update blognya seperti biasa yang memerlukan dia off selama beberapa hari daripada berblogging. Biasanya owner blog tersebut akan membenarkan anda meletakkan link blog anda untuk artikel tersebut. Dengan cara ini anda sekaligus dapat membuat backlink dari blog yang popular dan meningkatkan trafik ke dalam blog anda.
3.Komen blog-blog dalam niche anda.
Dalam berblogging, anda tidak boleh syok sendiri dengan dunia anda. Anda perlu bergaul dengan blogger lain supaya anda lebih dikenali. Jadi rajin-rajinlah untuk komen blog orang lain walaupun blogger tersebut tidak famous seperti anda . Berikan komen-komen yang outstanding daripada komen-komen yang lain.
So bagaimana nak buat komen anda outstanding berbanding dengan komen lain. Cara yang terbaik ialah menjadi komentar yang pertama dalam artikel tersebut. Jadi macam mana kalau saya komentar yang ke 50? Mudah jer. Kalau komen-komen yang ada semuanya pendek-pendek, panjangkan sedikit komen anda. Kalau semua yang panjang-panjang, pendekkan komen anda dan berikan komen yang ringkas tapi amat membina. Dan itu yang membuatkan ia menjadi outstanding.
Teknik-teknik yang seterusnya saya akan kongsikan pada post yang akan datang. Semoga berjaya


{ 6 comments… read them below or add one }
Betul juga cakap awak. Tapi agak-agak apa contest yang terbaik dengan modal ciput kita boleh buat kat blog kita. Kalau nak reka artikel, aku hanya petani. Bukan budak it. Yang aku tau bab pertanian je. Ala paling senang kita tukar link sama2. Pastu review sama. Lagi best kut.
bagus teknik awak tu saya baru ceburi bidang ini so saya akan ambil teknik ni sebagai panduan
Terima kasih zuraidah. Semoga ia bermanfaat untuk anda.
Salam…tumpang tanya..pe yg d maksud kan dengan niche. Al-maklumlah, saya baru belajar nak belajar mem’blog’. wahaha~~
Salam thanks bro dengan idea2 menarik tuk menarik ramai visitor.. tapi tu laa kita masih xbyk article directories dlm bm..
untuk biela, niche tu maknanya bidang.. niche buat duit.. niche kesihatan.. niche kegemukkan..
tu la antara contohnye..
niche nih maksud die satu bidang yang telah dikhususkan. contohnya kalau nak berbisnes secara online, niche memainkan peranan yang sangat penting.
Contohnya ‘kedai baju’ dikhususkan menjadi ‘kedai baju muslimah’ misalnya.
harap membantu.