18 Teknik Mudah Dan Percuma Promosi Blog

Kepada yang baru nak berblogging ataupun yang dah lama tapi belum lagi tahu cara nak promosi blog, kami telah menyediakan 18 teknik mudah promosi blog anda.

Ada banyak lagi cara promosi tapi saya cuma senaraikan beberapa teknik saja yang paling mudah untuk anda sebarkan link blog anda kepada orang lain.

Gunakan teknik ini sebaik mungkin dan rajin-rajinkan diri anda..:-D

1. Sentiasa mengemaskini blog dengan artikel terbaru. Jangan biarkan blog anda terbiar dengan artikel yang lama.

2. Bagi benda yang percuma untuk orang download supaya orang seronok melawat blog anda.

3. Kenalpasti sasaran pelawat contohnya blog yang menjual tudung sasarannya adalah wanita. Jadi, banyakkan promosi kepada blog yang pemiliknya adalah wanita.

4. Tinggalkan komen pada Chatbox dan promote link anda bagi blog yang mempunyai Chatbox

5. Buat link Exchange / banner exchange dengan blog lain.

6. Rajinkan diri untuk komen di blog orang lain dan letakkan sekali link anda.

7. Buat analisis statistik pelawat blog anda menggunakan tools percuma iaitu Google Analytics. Kalau anda tak tau lagi cara nak guna, baca Panduan Memasang Google Analytics di sini http://www.mediafire.com/file/jyw3nnmzm5q/Panduan Memasang Google Analytics.pdf

8. Buat page contact us untuk mendapatkan feedback dan komen dari pengunjung.

9. Cipta sendiri tagline yang menarik untuk memudahkan pelawat ingat blog anda. Contohnya Just Do It untuk Nike, Rentak Muzik Terkini untuk ERA, Sumber Informasi Terkini untuk zuarxpdc.blogspot.com

10. Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine.

11. Gunakan function RSS supaya orang lain boleh subscribe. Contohnya boleh baca melalui e-mel. Anda boleh masukkan e-mel ke dalam kotak di bahagian atas blog saya.

12. Gunakan domain yang ringkas supaya mudah diingati.

13. Promosi melalui signature email.

14. Promosikan pada laman social yang popular seperti facebook, myspace, friendster, twitter dll.

15. Submit URL blog anda di Directory Listing seperti DMOZ.org, blogmalaysia.com dll.

16. Submit URL di search engines. Contohnya Google, Yahoo, Alexa, MSN dll. Lihat sini

17. User friendly. Jangan masukkan terlalu banyak javascript, gambar atau animasi supaya blog boleh loading dengan pantas

18. Bagi blog yang ada widget feedjit, lepas anda melawat sesuatu blog URL blog anda akan tersenarai pada widget feedjit blog tersebut dan tuan punya blog mesti akan melawat balik. Setiap hari anda lawatlah blog tu untuk dapatkan traffic percuma.

Penulis: zuarxpdc
Blog: http://www.zuarxpdc.com
Reference: http://www.zuarxpdc.com/2009/12/18-teknik-mudah-promosi-blog.html

1 comments:

mrhanafi said...

info yang amat menarik...

Post a Comment