Pemilihan Bentuk Pengiklanan Bagi Bisnes Baru

Setiap hari semakin banyak bisnes baru ditubuhkan. Semakin banyak produk baru dicipta. Semakin banyak servis baru ditawarkan.

Dengan pertambahan servis, produk dan bisnes baru ini, persaingan juga semakin bertambah.

Bagi mengekalkan bisnes dalam pasaran, pemasaran yang kukuh perlu dibina bagi memperoleh jualan yang tinggi.

PEMILIHAN BENTUK PEMASARAN - PENGIKLANAN

Antara channel pemasaran yang popular adalah pengiklanan. Pemilihan bentuk iklan sangat penting kerana bisnes baru mempunyai dana dan sumber kewangan yang terhad untuk pengiklanan.

Pemilihan harus tepat dan memberi pulangan maksima. Pulangan dari bentuk jualan dan penjenamaan.

BILLBOARD

Ramai pemilik produk memilih iklan Billboard sebagai pilihan mereka. Adakah Billboard sesuai untuk bisnes baru?


Sesuai atau tidak itu bergantung pada pemilihan lokasi billboard, design billboard dan juga bajet bisnes tersebut.

BILLBOARD BELANJANYA BESAR

Bagi admin, Billboard adalah mainan Syarikat Besar yang berdana besar kerana ia perlu diletakkan pada lokasi yang betul bagi menjamin keberkesanannya.

Pastinya lokasi yang BETUL itu akan melibatkan kos yang tinggi kerana lokasi yang betul bagi Billboard adalah lokasi yang mempunyai trafik yang tinggi.

Jika sekadar ingin ada billboard yang belanjanya RM10,000 +++ untuk satu billboard tetapi lokasinya tak strategik, lebih baik anda pilih Sosial Media.

DESIGN BILLBOARD JANGAN SERABUT.

Pemilihan design billboard juga perlu dititikberatkan. Sebaiknya Billboard mestilah ringkas dan padat kerana para pemandu kereta tiada masa yang lama untuk memerhatikan billboard anda.

Jika billboard menceritakan tentang kelebihan produk anda, cuba anda fikir, adakah para pemandu akan sempat untuk membaca segala informasi tersebut?

Semestinya tidak. Admin juga sebagai pemandu akan lebih tertarik pada billboard yang ringkas dan padat. Contah billboard kopi 3 in 1 yang admin kongsikan di atas tu.

BILLBOARD UNTUK BRAND AWARENESS - PENJENAMAAN

Lagi 1, tujuan Billboard ini bagi admin bukanlah untuk menjual. Ia lebih kepada Brand Awareness. Lebih pada memperkenalkan JENAMA. Mewar-warkan JENAMA. Menghebahkan JENAMA tersebut. Bukan untuk membuat jualan.

Jika pasang Billboard dan mengharap akan mendapat jualan, baik anda lupakan hasrat anda memasang billboard tu. Lebih baik anda pilih Sosial Media seperti Facebook atau Instagram.



PILIHLAH SOSIAL MEDIA

Sosial Media yang paling diguna ramai oleh masyarakat Malaysia dan Dunia.
.
Facebook sahaja ada lebih 2 billion pengguna seluruh dunia. Manakala Intagram ada lebih 800juta pengguna dan semakin bertambah dari hari ke sehari.

Di Malaysia sahaja ada lebih dari 10 juta pengguna aktif sosial media ini.

Jadi, gunakan kesempatan ini untuk membina aliran JUALAN dan PENJENAMAAN bagi produk anda dengan bajet yang rendah.

BLOG DAN WEBSITE ALTERNATIF KEPADA FB & IG


Untuk memperkukuhkan lagi JENAMA, bina Blog atau Website sebagai tapak berkumpulnya para pengikut produk anda.

Untuk mengiklan, cari Blog yang sudah ternama seperti Blog Denaihati, Blog Siakap Keli atau Blog OhBulan yang sudah ada ramai pembaca setia untuk anda menarik trafik.

Kebanyakkan pakej pengiklanan di Blog ini berharga bawah dari RM10,000. Malah ada yang murah dan kurang dari RM1,000. Hanya 10% nilainya dari harga 1 Billboard yang terhad Capaiannya.

UPAH ORANG YANG PAKAR, ANDA FOKUS PADA BISNES

Jika anda tiada ilmu, carilah ilmu menggunakan Sosial Media nie. Atau anda bayar jer upah pada mereka yang pakar dalam sosial media marketing nie.

Anda boleh fokus pada pengembangan bisnes anda secara keseluruhannya.

0 comments:

Post a Comment