HARRY KANE MENJADI SASARAN UTAMA REAL MADRID

Real Madrid nampaknya sedang ketandusan penyerang utama yang mampu menjaringkan banyak gol.

Benzema & Ronaldo yang semakin meningkat umurnya sudah tidak tajam lagi sentuhan jaringannya.

Kini memang sudah tiba masanya Real Madrid mencari pengganti yang mampu mengembalikan ketajaman bahagian serangan Real Madrid.

Harry Kane Bakal Pengganti Benzema.


Dan pemain yang sesuai menggantikan Benzema tidak lain dan tidak bukan adalah penyerang sensasi England dan juga penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Kane telah meledak 14 gol dari 15 perlawanan termasuk 5 gol dalam Liga Juara-Juara.

Nilai Kane Pasti Mahal.

Dengan prestasi yang memuncak ketika ini, harga Kane semestinya tidak akan murah. Pasti harganya akan melepasi nilai $100 juta.

Cuma yang kita tak ketahui adalah, adakah Kane akan memilih untuk meninggalkan Spurs?

Atau, adakah Pengarah Spurs, Danial Levy akan melepaskan Spurs dengan nilai yang murah?

Sama sama kita tunggu di musim perpindahan akan datang nanti.

0 comments:

Post a Comment