PELUANG MENJADI PENULIS JEMPUTAN BERBAYAR


Assalamualaikum Semua.

Blog JOM REVIEW sentiasa mencari pembaharuan dalam bidang penulisan dan sekali lagi ingin mengorak langkah menggalakkan percambahan penulis berbahasa Melayu.

Dengan ini, Blog JOM REVIEW ini menjemput para blogger atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Penulis Jemputan berbayar diBlog JOM REVIEW

Penulisan tidak terhad kepada artikel tertentu, tapi terbuka kepada apa sahaja jenis artikel, yang penting tidak lari dari norma-norma ketimuran dan adat Melayu kita.

Penulis Jemputan akan mendapat saguhati RM10.00 hingga RM 100.00 tertakluk pada terma dan syarat untuk setiap artikel yang disiarkan di Blog JOM REVIEW 

Kalau nak harap income dari Nuffnang, atau pengiklan lain belum tentu boleh dapat RM10.00 sebulan, melainkan trafik blog anda beribu-ribu dan dapat Buffered Earning. Tapi kalau dah trafik beribu-ribu, mestila tak sudi nak jadi penulis jemputan dalam blog inikan?

Jadi penulis jemputan Blog JOM REVIEW ini, confirm akan dapat RM10.00 minima per artikel jika artikel anda diterbitkan dalam blog ini.

Jadi, apa tunggu lagi, silala karang artikal anda dan hantarkan ke email tertera di bawah.

Terma dan Syarat adalah:

1. Artikel yang dihantar adalah hak cipta anda dan bukan hasil ciplak dari orang lain.

2. Pembayaran akan dibuat setelah Artikel terpilih untuk di Terbitkan di Blog JOM REVIEW

3. Pembayaran minima adalah RM10.00 dan jumlah meningkat untuk setiap komen bernas yang diterima**.

4. Penggunaan bahasa Melayu yang betul amat ditekankan dalam setiap artikel yang dihantar.

5. Artikel berbentuk Politik sepenuhnya dilarang.

6. Hanya Artikel berkaitan Pemasaran, Perniagaan, Blogging, Motivasi dan Sukan.

7. Tertakluk pada penerimaan admin Blog Jom Review ini.

Keperluan di setiap artikel yang dihantar:
1. Ada Tajuk menarik yang berkaitan dengan isi kandungan.
2. Ada nama anda, link blog anda (jika ada) di bawah setiap artikel.
3. Setiap artikel adalah menjadi hak milik Blog JOM REVIEW setelah urusan pembayaran selesai.

PM maklumat beserta artikel ke laman FB kami di https://www.facebook.com/ISDAChannels/

Sila letakkan tajuk PM, Berminat Menjadi Penulis Jemputan Berbayar.

Kategori Lain:
Kerja Kosong
Menjadi Penulis Di Blog
Penulis Jemputan di Blog Jom Review
Mari Menulis di Blog Jom Review

0 comments:

Post a Comment