SKUAD BAWAH 19 HARIMAU MALAYA LAYAK KE PUSINGAN AKHIR PIALA ASIA TAHUN HADAPAN.


Walaupun gagal memungut mata dari perlawanan menentang Korea Selatan semalam selepas kecundang dengan jaringan 3 - 0, pasukan bawah 19 tahun kendalian Bojan Hodak akhirnya berjaya mara ke pusingan Akhir Piala Asia bawah 19 tahun yang bakal berlangsung di Indonesia tahun hadapan.

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh peminat bola sepak Malaysia umumnya dan FAM khususnya.


Skuad negara seharusnya berterima kasih kepada pasukan Arab Saudi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan dramatik ke atas Yaman 2-1 yang berlangsung di Stadium Putera Mohd Fahad, Arab Saudi awal pagi tadi sekali gus muncul sebagai juara kumpulan D sambil menutup peluang jiran tetangganya itu untuk layak ke pusingan akhir.

Pasukan-pasukan berkenaan ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tajikistan, Qatar, Arab Saudi, Jordan, Korea Selatan, China, Vietnam, Jepun dan Australia dengan masing-masing muncul sebagai juara Kumpulan A-J.

Manakala lima pasukan naib juara terbaik pula terdiri daripada Iraq, Thailand, Korea Utara, Taiwan dan Malaysia.

Kejayaan itu turut mengikut jejak dua lagi skuad muda negara iaitu B-23 dan B-16 yang turut layak beraksi di pusingan akhir AFC tahun depan di mana pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan beraksi di China Januari ini, sementara skuad Lim Teong Kim menjadi tuan rumah, Ogos nanti.

Sumber: Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment