Bagaimana menulis artikel yang mampu membunuh!

by Madno on April 4, 2009

Salam sejahtera semua,

Dalam post hari ini saya beminat untuk menyentuh tentang cara penulisan artikel yang terbaik supaya pembaca-pembaca mendapat manfaat dari pada artikel yang kita tulis. Saya terfikir kenapa kita tidak diajar bagaimana untuk menulis dengan baik di blog sedangkan di sekolah kita sangat ditekankan dengan format-format dalam penulisan karangan misalnya. Bila kita lihat, blog merupakan medium yang bebas untuk kita menulis apa sahaja dan kita bebas untuk menulis dengan apa jua bentuk format yang kita suka. Boleh hentam sajalah.

Saya terpanggil untuk memberikan tips-tips menulis artikel kerana saya lihat, bila kawan-kawan saya postkan artikel dalam website persatuan mereka, mereka bagaikan tiada panduan sehinggakan saya terpaksa menegur cara tulisan mereka. Bayangkan portal tersebut adalah portal rasmi dan bila di suruh mereka menulis artikel, mereka tulis sebijik dengan gaya mereka tulis di dalam blog personal mereka.

Jadi di sini saya akan memberikan tips mudah bagaimana untuk anda menulis artikel yang baik. Tapi tidak mampu membunuh =)

1. Tajuk artikel anda hendaklah spesifik dan tidak kabur.

Ini adalah masalah utama bila melihat ada blogger yang menulis secara sangat rambang dan membuat kita tertanya-tanya. Contohnya ‘Baca artikel nih.. Best…’ Anda akan selalu lihat artikel-artikel begini di dalam blog personal mereka. Sebaiknya kita menulis tajuk yang berkaitan dengan apa yang kita ingin sampaikan di dalam artikel dan artikel tersebut sebaiknya  mesra dengan enjin carian seperti google. Sebagai contoh 5 teknik bagaimana anda boleh mengurangkan berat badan dengan mudah’. Tajuk yang diberikan adalah spesifik dan tidak terlalu general.

2. Pastikan setiap artikel yang anda tulis dipecahkan kepada beberapa perenggan.

Apabila anda merasakan artikel yang anda tulis adalah terlalu panjang, pastikan anda pecahkan artikel tersebut kepada beberapa perenggan. Anda tidak perlu fikir bahagian mana yang nak dipisahkan. Jika anda rasa bahagian tersebut sesuai untuk dipisahkan, pisahkan saja. Tak payah nak pening-pening kepala. Sekiranya anda tidak pecahkan kepada beberapa perenggan, pembaca yang baca artikel anda pun mudah pening dan merasakan artikel anda itu berserabut dan menyakitkan. So, ubah tabiat untuk menulis perenggan!

3. Jangan gunakan terlalu banyak perkataan bahasa singkatan.

Untuk menulis artikel dengan baik, kurangkan penggunaan bahasa singkatan yang terlalu banyak. Sikit-sikit tak per. Macam saya nih =) Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa singkatan sehinggakan pembaca susah nak faham apa yang anda maksudkan. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mulia dan jangan kita cemarkan dengan terlalu banyak bahasa sms dalam penulisan kita. Di sini, anda akan dianggap sebagai tidak profesional dan kredibiliti dalam penulisan anda akan turut terjejas. Sempoi-sempoi jugak tapi anda juga kena fikirkan audience anda. Jangan main tarah jer nak tulis ikut kepala anda tanpa memikirkan apa yang pembaca anda mahukan.

4. Tulis artikel dengan bilangan patah perkataan yang sesuai. Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek.

Penulisan artikel yang terlalu pendek menyebabkan pembaca tidak puas membaca hasil tulisan anda. Penulisan artikel yang terlalu panjang pula menyebabkan pembaca bosan dengan tulisan anda. Mereka akan terus ‘scroll down’ sampai perenggan yang terakhir. So, mana satu pilihan anda? Sebaiknya panjang artikel anda biarlah sederhana supaya segala yang anda ingin sampaikan kepada pembaca dapat diterima sepenuhnya. Artikel yang bagus adalah artikel yang panjangnya 200-400 patah perkataan.

Sebenarnya banyak lagi tips-tips dalam penulisan artikel ini. Cuma saya kekeringan idea untuk mencari isi penting dalam post kali ini. Sekiranya anda ada idea bagaimana untuk menulis artikel yang baik, anda boleh cadangkan di bahagian komen supaya pembaca-pembaca lain sedar bagaimana untuk menulis artikel.

Tips ini sesuai saya tujukan kepada penulis-penulis artikel di website PSIPUM. Nampaknya terpaksa saya menyekolahkan anda untuk belajar menulis karangan semula. Sebagai admin, sebenarnya agak sedih juga melihat anak buah menulis artikel yang sangat ‘membunuh’. :(

Semoga tips ini dapat membantu.

{ 17 comments… read them below or add one }

Ajang April 5, 2009 at 1:59 am

Masa mula-mula baca topik tadi.. peh!! terkejut beruk.. Ingatkan ape benda mentera yang sampai boleh membunuh ni… :) Sekali rupanya… tips tulis artikel daa…. by the way… your tips is helful.. ;)

AwengShah April 5, 2009 at 2:04 am

ok

Dr.Ariffaizal April 5, 2009 at 7:57 am

Salam. Blog saya ditulis dengan sungguh panjang berjela-jela. Mereka yang meminatinya akan membacanya berkali-kali dan memberi respond yang mereka tidak puas membacanya. Tetapi jika tidak berkaitan, mereka kata terlalu panjang dan saintifik sangat.

Blog saya ialah contoh service yang memerlukan penerangan lengkap. Alhamdulillah, setiap hari sambutan sungguh menggalakkan sehingga tidak menang tangan mengendalikannya.

mohamad yusoff yaacob April 5, 2009 at 9:47 am

assalamualaikum! terima kasih Enc. hidayat kerana seawal pagi lagi saya dapat membaca tip anda,saya sangat bersetuju dimana dalam menulis artikal seharusnya menggunaka susunan ayat-ayat yang baik semampu yang boleh ,demikian juga patah,pata perkataan di eja dengan secukupnya bukan dengan singkatan singkatan yang kadang-kadang dia seorang yang tahu ,kecuali lah perkataan singkatan yang sering diguna dan diketahui umum seperti dll. yg. dsb. bagi saya penulisan atau post ini sama sahaja dengan kita menulis dimajallah atau akhbar,ini pandangan saya sebagai seorang baby semuga ada pandangan lain .

Madno April 5, 2009 at 11:24 am

Saya terfikir nak buat tips ini kerana anak2 buah saya sumer buat artikel yang tidak profesional walaupun di dalam laman web rasmi. huhu

mohamad yusoff yaacob April 6, 2009 at 1:07 pm

salam enc. hidayat macam mana dengan pertandingan menulis artikal tu ,sudah cukup peserta yang menyertainya? kalau cukup alhamdulillah ,bererti ramai juga yang mempunyai kesedaran yag tinggi, adapun saya kerana maseh baby dalam bidang ini tak dapat nak menyertai ,tak melepasi syarat dilain kali saya akan menyahut seruan anda ,insya allah. kiranya melepasi syarat.

Madno April 6, 2009 at 2:01 pm

peserta yang ingin memasuki pertandingan sangat sedikit. saya tangguhkan dulu pertandingan ini di lain masa nanti.

Azree Hanifiah April 6, 2009 at 5:27 pm

Rupanya tahu pun cara tulis artikel. Ada satu perkara lagi perlu belajar. ‘Bagaimana mengambil idea daripada buku tanpa melanggar hak cipta’.

Atau ‘Dari mana datangnya idea untuk menulis.’

Anjurkanlah bengkel blogging kat UM, jemput aku jadi penceramah. Dua perkara di atas akan disentuh. :)

Madno April 6, 2009 at 9:55 pm

Hohoho. No hal. Bagus idea tu nanti aku usulkan dekat UM.

mar April 9, 2009 at 4:07 pm

salam…
saya teringat akan tips-tips menulis karangan yang baik yang cikgu saya pernah ajar dulu.
cuma,bagi saya, apa yang bezanya dalam penulisan artikel ini adalah penyampaian maklumat yang jelas dan pengolahan yang menarik.betul,tajuk perlulah sesuai dengan apa yang kita nak sampaikan.
Kadang-kadang tajuk yang simbolik juga boleh menarik minat pembaca(tapi,penulis harus pastikan kesimbolikan itu sesuai dengan artikel yang anda akan tulis)

yea!!saya berjaya menulis Bahasa Melayu dengan penuhnya..(kecuali yea tadi)

terima kasih.artikel ini amat berguna bagi saya.=)

Madno April 9, 2009 at 6:36 pm

terima kasih mar =)

mesmerising1 April 15, 2009 at 1:58 pm

owh.. bdak um ker?
my brother ade kat sane..

zuls May 19, 2009 at 11:23 am

tips yang menarik untuk penulisan yang berkesan

Jeniri Amir June 2, 2009 at 10:39 pm

“Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis.”

- CHARLES CALEB COLTON

doniboney July 25, 2009 at 12:49 pm
Mus September 6, 2009 at 11:16 am

info yang menarik. menjadi panduan dalam penulisan akan datang!

shah newbie February 8, 2010 at 12:37 am

Huraian yang menarik dan boleh di jadikan garis panduan. Teruskan sharing :-)
Semoga di jauhi dari saya.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: