Buat Duit Ebay: Teknik Kajian Produk Fizikal Oleh Sifu Zacky

by Madno on February 11, 2010

Buat duit Ebay Sifu Zacky

Setelah berbulan-bulan lamanya tidak mengupdate blog nih, akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk menulis. Mungkin menulis nih bukan kegemaran saya kot. Malas nak berleter panjang, hari ini saya nak kongsikan kepada pembaca satu ebook yang saya rasakan sangat bernilai dan berbaloi untuk anda memilikinya. Ebook ini ditulis oleh sifu zacky yang terkenal di forum wangcyber. Tapi sekarang mungkin beliau agak busy dengan projek undergroundnya.

Perniagaan internet: Ebay

Untuk memulakan perniagaan dalam Ebay. Satu-satunya perkara terpenting sekali adalah dengan melakukan kajian. Ramai yang gagal dalam ebay sebab mereka tidak membuat research dengan betul dan mereka tak tau produk apa yang mempunyai demand yang tinggi. Setelah anda membuat kajian dengan teliti, kemudian barulah anda memulakan langkah seterusnya iaitu mencari supplier dan mula menjual. Dengan teknik kajian inilah menentukan jatuh bangun anda perniagaan ebay ini. Membuat research bukan perkara yang sangat susah sampaikan anda blok minda anda untuk tidak melakukannya. Sepanjang pengalaman saya bermain dengan ebay nih. Perkara yang paling mencabar sekali ialah bagaimana nak berurusan dengan pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan perkara yang kedua mencabar ialah melayan kerenah ebay yang entah apa-apa meletakkan polisi. Tapi itu semua bukanlah halangan untuk meneruskan perniagaan internet dengan berebay.

Sudah ramai orang yang terjun dalam dunia ebay ini berjaya. Belajar ebay tidak sesusah seperti affiliate dan juga model-model perniagaan internet yang lain di mana anda perlu mencari trafik dan mailing list untuk menjana pendapatan. Termasuk juga anda memerlukan ilmu mengenai pembinaan laman web yang sememangnya melecehkan. Tapi adatlah dalam setiap perniagaan. Tiada yang mudah dan semuanya memerlukan usaha.

Langkah-langkah dalam perniagaan ebay

  1. Lakukan kajian tentang produk yang ingin anda jual.
  2. Cari supplier murah untuk mendapatkan produk untuk dijual.
  3. Tentukan masa yang terbaik untuk listkan di ebay
  4. Bila terjual, mula menghantar barang.
  5. Berurusan dengan pelanggan ebay sekiranya terdapat sebarang masalah
  6. Done!

Itu sahaja! Tetapi dalam banyak-banyak langkah tersebut benda yang penting anda perlu buat ialah pada langkah 1. Dan kemudian perkara yang paling susah nak cari ialah langkah 2. Kemudian langkah yang seterusnya anda perlu mengalaminya sendiri.

Panduan Research Produk Fizikal oleh Sifu Zacky

Ebook ini menerangkan kepada anda sumber-sumber laman web untuk anda melakukan research dalam buat duit Ebay. Hatta sebenarya anda boleh research daripada laman Ebay itu sendiri. Penulis tersebut menerangkan secara detail setiap satu source tersebut beserta dengan gambar rajah sekali.

Dapatkan di sini

Owh lupa pula. Tidakkah saya kata ianya percuma?

Anda juga boleh melawati forum wangcyber dan lihat pada thread ebay yang diasaskan oleh sifu Mansurbiz. Terlalu banyak info ebay yang dikongsikan tanpa sesen pun bayaran. Apa yang diperlukan hanya usaha anda untuk memulakan bisnes ini sahaja.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: