Review Rahsia Buat Duit Online dengan Perniagaan Internet » tips blogging

Bagaimana menulis artikel yang mampu membunuh!
Salam sejahtera semua,

Dalam post hari ini saya beminat untuk menyentuh tentang cara penulisan artikel yang terbaik supaya pembaca-pembaca mendapat manfaat dari pada artikel yang kita tulis. Saya terfikir kenapa kita tidak diajar bagaimana untuk menulis dengan baik di blog sedangkan di sekolah kita sangat ditekankan dengan format-format dalam penulisan karangan misalnya. Bila kita lihat, blog merupakan medium yang bebas untuk kita menulis apa sahaja dan kita bebas untuk menulis dengan apa jua bentuk format yang kita suka. Boleh hentam sajalah.

Saya terpanggil untuk memberikan tips-tips menulis artikel kerana saya lihat, bila kawan-kawan saya postkan artikel dalam website persatuan mereka, mereka bagaikan tiada panduan sehinggakan saya terpaksa menegur cara tulisan mereka. Bayangkan portal tersebut adalah portal rasmi dan bila di suruh mereka menulis artikel, mereka tulis sebijik dengan gaya mereka tulis di dalam blog personal mereka.

Jadi di sini saya akan memberikan tips mudah bagaimana untuk anda menulis artikel yang baik. Tapi tidak mampu membunuh =)

1. Tajuk artikel anda hendaklah spesifik dan tidak kabur.

Ini adalah masalah utama bila melihat ada blogger yang menulis secara sangat rambang dan membuat kita tertanya-tanya. Contohnya ‘Baca artikel nih.. Best…’ Anda akan selalu lihat artikel-artikel begini di dalam blog personal mereka. Sebaiknya kita menulis tajuk yang berkaitan dengan apa yang kita ingin sampaikan di dalam artikel dan artikel tersebut sebaiknya  mesra dengan enjin carian seperti google. Sebagai contoh ‘ 5 teknik bagaimana anda boleh mengurangkan berat badan dengan mudah’. Tajuk yang diberikan adalah spesifik dan tidak terlalu general.

2. Pastikan setiap artikel yang anda tulis dipecahkan kepada beberapa perenggan.

Apabila anda merasakan artikel yang anda tulis adalah terlalu panjang, pastikan anda pecahkan artikel tersebut kepada beberapa perenggan. Anda tidak perlu fikir bahagian mana yang nak dipisahkan. Jika anda rasa bahagian tersebut sesuai untuk dipisahkan, pisahkan saja. Tak payah nak pening-pening kepala. Sekiranya anda tidak pecahkan kepada beberapa perenggan, pembaca yang baca artikel anda pun mudah pening dan merasakan artikel anda itu berserabut dan menyakitkan. So, ubah tabiat untuk menulis perenggan!

3. Jangan gunakan terlalu banyak perkataan bahasa singkatan.

Untuk menulis artikel dengan baik, kurangkan penggunaan bahasa singkatan yang terlalu banyak. Sikit-sikit tak per. Macam saya nih =) Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa singkatan sehinggakan pembaca susah nak faham apa yang anda maksudkan. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mulia dan jangan kita cemarkan dengan terlalu banyak bahasa sms dalam penulisan kita. Di sini, anda akan dianggap sebagai tidak profesional dan kredibiliti dalam penulisan anda akan turut terjejas. Sempoi-sempoi jugak tapi anda juga kena fikirkan audience anda. Jangan main tarah jer nak tulis ikut kepala anda tanpa memikirkan apa yang pembaca anda mahukan.

4. Tulis artikel dengan bilangan patah perkataan yang sesuai. Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek.

Penulisan artikel yang terlalu pendek menyebabkan pembaca tidak puas membaca hasil tulisan anda. Penulisan artikel yang terlalu panjang pula menyebabkan pembaca bosan dengan tulisan anda. Mereka akan terus ‘scroll down’ sampai perenggan yang terakhir. So, mana satu pilihan anda? Sebaiknya panjang artikel anda biarlah sederhana supaya segala yang anda ingin sampaikan kepada pembaca dapat diterima sepenuhnya. Artikel yang bagus adalah artikel yang panjangnya 200-400 patah perkataan.

Sebenarnya banyak lagi tips-tips dalam penulisan artikel ini. Cuma saya kekeringan idea untuk mencari isi penting dalam post kali ini. Sekiranya anda ada idea bagaimana untuk menulis artikel yang baik, anda boleh cadangkan di bahagian komen supaya pembaca-pembaca lain sedar bagaimana untuk menulis artikel.

Tips ini sesuai saya tujukan kepada penulis-penulis artikel di website PSIPUM. Nampaknya terpaksa saya menyekolahkan anda untuk belajar menulis karangan semula. Sebagai admin, sebenarnya agak sedih juga melihat anak buah menulis artikel yang sangat ‘membunuh’.

Semoga tips ini dapat membantu.