Bagaimana menulis artikel yang mampu membunuh!
Salam sejahtera semua,
Dalam post hari ini saya beminat untuk menyentuh tentang cara penulisan artikel yang terbaik supaya pembaca-pembaca mendapat manfaat dari pada artikel yang kita tulis. Saya terfikir kenapa kita tidak diajar bagaimana untuk menulis dengan baik di blog sedangkan di sekolah kita sangat ditekankan dengan format-format dalam penulisan karangan misalnya. Bila kita lihat, blog merupakan medium yang bebas untuk kita menulis apa sahaja dan kita bebas untuk menulis dengan apa jua bentuk format yang kita suka. Boleh hentam sajalah.
Saya terpanggil untuk memberikan tips-tips menulis artikel kerana saya lihat, bila kawan-kawan saya postkan artikel dalam website persatuan mereka, mereka bagaikan tiada panduan sehinggakan saya terpaksa menegur cara tulisan mereka. Bayangkan portal tersebut adalah portal rasmi dan bila di suruh mereka menulis artikel, mereka tulis sebijik dengan gaya mereka tulis di dalam blog personal mereka.
Jadi di sini saya akan memberikan tips mudah bagaimana untuk anda menulis artikel yang baik. Tapi tidak mampu membunuh =)
1. Tajuk artikel anda hendaklah spesifik dan tidak kabur.
Ini adalah masalah utama bila melihat ada blogger yang menulis secara sangat rambang dan membuat kita tertanya-tanya. Contohnya ‘Baca artikel nih.. Best…’ Anda akan selalu lihat artikel-artikel begini di dalam blog personal mereka. Sebaiknya kita menulis tajuk yang berkaitan dengan apa yang kita ingin sampaikan di dalam artikel dan artikel tersebut sebaiknya mesra dengan enjin carian seperti google. Sebagai contoh ‘ 5 teknik bagaimana anda boleh mengurangkan berat badan dengan mudah’. Tajuk yang diberikan adalah spesifik dan tidak terlalu general.
2. Pastikan setiap artikel yang anda tulis dipecahkan kepada beberapa perenggan.
Apabila anda merasakan artikel yang anda tulis adalah terlalu panjang, pastikan anda pecahkan artikel tersebut kepada beberapa perenggan. Anda tidak perlu fikir bahagian mana yang nak dipisahkan. Jika anda rasa bahagian tersebut sesuai untuk dipisahkan, pisahkan saja. Tak payah nak pening-pening kepala. Sekiranya anda tidak pecahkan kepada beberapa perenggan, pembaca yang baca artikel anda pun mudah pening dan merasakan artikel anda itu berserabut dan menyakitkan. So, ubah tabiat untuk menulis perenggan!
3. Jangan gunakan terlalu banyak perkataan bahasa singkatan.
Untuk menulis artikel dengan baik, kurangkan penggunaan bahasa singkatan yang terlalu banyak. Sikit-sikit tak per. Macam saya nih =) Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa singkatan sehinggakan pembaca susah nak faham apa yang anda maksudkan. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mulia dan jangan kita cemarkan dengan terlalu banyak bahasa sms dalam penulisan kita. Di sini, anda akan dianggap sebagai tidak profesional dan kredibiliti dalam penulisan anda akan turut terjejas. Sempoi-sempoi jugak tapi anda juga kena fikirkan audience anda. Jangan main tarah jer nak tulis ikut kepala anda tanpa memikirkan apa yang pembaca anda mahukan.
4. Tulis artikel dengan bilangan patah perkataan yang sesuai. Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek.
Penulisan artikel yang terlalu pendek menyebabkan pembaca tidak puas membaca hasil tulisan anda. Penulisan artikel yang terlalu panjang pula menyebabkan pembaca bosan dengan tulisan anda. Mereka akan terus ‘scroll down’ sampai perenggan yang terakhir. So, mana satu pilihan anda? Sebaiknya panjang artikel anda biarlah sederhana supaya segala yang anda ingin sampaikan kepada pembaca dapat diterima sepenuhnya. Artikel yang bagus adalah artikel yang panjangnya 200-400 patah perkataan.
Sebenarnya banyak lagi tips-tips dalam penulisan artikel ini. Cuma saya kekeringan idea untuk mencari isi penting dalam post kali ini. Sekiranya anda ada idea bagaimana untuk menulis artikel yang baik, anda boleh cadangkan di bahagian komen supaya pembaca-pembaca lain sedar bagaimana untuk menulis artikel.
Tips ini sesuai saya tujukan kepada penulis-penulis artikel di website PSIPUM. Nampaknya terpaksa saya menyekolahkan anda untuk belajar menulis karangan semula. Sebagai admin, sebenarnya agak sedih juga melihat anak buah menulis artikel yang sangat ‘membunuh’.
Semoga tips ini dapat membantu.
Pertandingan Siar Artikel dan Menang dilancarkan!
Salam sejahtera semua,
Saya tahu pasti sudah ramai yang tertunggu-tunggu kerana saya ade mention perkara ni dalam newsletter saya. Tujuan saya melancarkan pertandingan ini adalah antaranya supaya setiap pembaca mengambil langkah proaktif dalam dunia blogging ini. Tak perlulahh kita jadi golongan yang pasif dan pastikan kita menjadi golongan orang yang sentiasa mengambil tindakan.
Baiklah, tak nak bercakap panjang kat sini. Ini merupakan langkah-langkah yang anda kena lakukan dalam pertandingan ini.
Pertandingan ini sangat-sangatlah terhad. Apabila artikel yang dihantar cukup 60, pertandingan ini akan ditutup. So anda kena cepat-cepat hantar artikel.
Syarat-syarat pertandingan.
- Daftar newsletter saya di sebelah. Sekiranya anda dah daftar tidak payah daftar sekali lagi.
- Join twitter saya di @madno.
- Copy dan pastekan ayat ini di twitter anda
- Setiap artikel yang anda hantar bernilai RM5.00.
- So anda mestilah menghantar sekurang-kurangnya 3 artikel yang telah di’approve’ dalam pertandingan ini.
- pastikan artikel yang disiarkan adalah original dan bukannya di ‘copy’ ‘paste’ dalam internet. Sekiranya anda ditangkap mempunyai duplicate content, penyertaan anda secara automatik di batalkan
- Artikel hendaklah berkaitan tips perniagaan internet, tips dalam internet marketing dan juga tips dalam blogging.
- Panjang artikel hendaklah melebihi 250 patah perkataan.
- Bila cukup 60 artikel, artikel yang dihantar boleh di’approve’ tapi artikel tersebut tidak akan dibayar. Atau anda boleh gunakan artikel tersebut di blog anda sendiri.
- Anda boleh letakkan maklumat anda dibahagian bawah artikel.
Sertai cabaran satu artikel RM5.00. Untuk penyertaan, join @madno dan klik di sini http://bit.ly/zxeiC
Baiklah hadiah-hadiah untuk pertandingan ini ialah.
Tempat pertama: Bayaran setiap artikel+ RM50
Tempat kedua : Bayaran setiap artikel + RM 30
Tempat ketiga : Bayaran setiap artikel + RM 20
Anda boleh mula menghantar artikel anda di jomreview[@]gmail.com. Pastikan artikel anda dalam format .txt dan bukan format yang lain. Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan di bahagian komen.
Dalam post ini saya akan updatekan peserta-peserta yang menyahut cabaran ini.
Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan pelancaran pertandingan siar artikel dan menang.
Semoga berjaya =)
[update]
Baiklah saya takut masih ada lagi yang tidak faham. Anda bebas menulis sebanyak mana artikel yang anda mahu. Katakanlah anda hanya berjaya menulis 5 artikel sahaja dan orang lain juga begitu, hanya 5 artikel sahaja yg dpt dihasilkan. So bila ada 12 orang buat begini, jumlah artikel yang terhasil adalah sebanyak 60 artikel. 12x 5= 60.
Katakan ada seorang yg buat 10 artikel. Dan dikalangan pesaing dia telah berjaya menghasilkan artikel yg terbanyak. Maka dia dikira sebgai juara. Wang tunai akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menulis sekurang-kurangnya 3 artikel selepas cabaran ini berakhir.
Review 15 Teknik Efektif Internet Marketing oleh Fuad Latip
Salam sejahtera,
Pada hari ini saya akan melakukan review terhadap buku yang sememangnya telah berada lama di pasaran. Cuma baru kali ini saya berpeluang untuk melakukan review buku ini.
Penulis buku ini merupakan seorang yang berpengalaman dalam dunia internet marketing. Beliau yang saya maksudkam adalah sauda FuAd Latip.
Baiklah, apa kandungan yang ada pada buku tersebut?
Terdapat 15 teknik internet marketing yang beliau ajar dalam buku tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, buku ini tidak seperti buku Saifulsham dalam post yang lepas. Buku ini lebih membincangkan apakah teknik-teknik pemasaran internet yang boleh anda aplikasikan dalam perniagaan internet anda.
Secara asasnya buku ini mengandungi 5 bahagian utama iaitu:
Bahagian1: Pengenalan: pemasaran melalui internet
Bahagian 2; Pemasaran melalui email dan sasaran terus
Bahagian 3: Pemasaran melalui enjin pencari
Bahagian 4: Pemasaran viral
Bahagian 5: Khas untuk ahli myOrionet.
Secara asasnya, Fuad Latip memberikab satu formula dalam teknik beliau iaitu PTKTK iaitu:
P= perhatian
T= tarikan
K= keinginan
T= tindakan
K= kredibiliti
Dalam bahagian dua, beliau menerangkan bagaimana anda memasarkan perniagaan anda melalui mailing list. Di sini terdapat satu tajuk yang agak kontroversi di mana anda mengambil email daripada yahoo group dan group2 yang seangkatan dengannya. Dalam forum Wancyber perkara ini menjadi perbincangan dan ada yang mengatakan teknik tersebut adalah spam. Saya tak nak bagi ulasan panjang mengenai perkara tersebut. Anda sendirilah yang perlu menilaikan adakah teknik yang digunakan adalah spam.
Bahagian 3 pula lebih membincangkan teknik-teknik asas dalam SEO dan supya anda dapat memdapat ranking yang terbaik dalam enjin carian. Bagi saya SEO ini sangat penting dan setiap IM mesti ada sedikit asas mengenainya. Dan SEO ini adalah teknik jangka panjang dan anda tidak boleh semata-mata menggunakan teknik ini untuk mendapatkan trafik ke dalam laman web anda. Sekali anda kena hentam dengan pakcik google alamatlah anda. Saya tak tipu. Serius nih.
Dan lastly, di bahagian 4, terdapat teknik-teknik lain yang boleh anda aplikasikan dalam laman web anda. Teknik tersebut adalah teknik blog, teknik ebook, teknik affiliate, teknik forumdan teknik RSS.
Bagusnya buku ini ialah kerana sekali anda membacanya, anda boleh trrus aplikasikan. Real time hands on. Dan yang tidak bagusnya tentang buku ini, teknik tersebut kurang relevan dan banyak teknik beliau tidak sesuai digunakan dalam perniagaan internet sekarang.
Teknik percuma yang diberikan adalah bagus tetapi anda kena tahu bahawa kadang-kadang teknik percuma ini menunjukkan betapa kurangnya serius kita dalam perniagaan internet. Tetapi sebagai percubaan anda boleh cuba menggunakan teknik yang diajarkan dan aplikasikan di dalam perniagaan internet anda.
Selamat mencuba =)
Review Buku Rahsia Buat Duit dengan Internet
Salam sejahtera semua.
Hari ini saya berminat untuk me’review’ buku yang dikeluarkan oleh Saifulsham ini. Bagi saya inilah buku pertama yang membantu mendedahkan saya dengan dunia perniagaan internet ini. Disebabkan time tu memang betul-betul newbie, so saya merasakan buku ini sangat berguna dan saya sangat menyarankan supaya anda juga membelinya sekiranya anda masih ‘baby’ dalam dunia perniagaan internet ini.
Dalam buku ini juga anda akan dibekalkan dengan cd tutorial bagaimana membina laman jualan yang simple.
Baiklah secara keseluruhannya, terdapat 10 langkah yang perlu anda lakukan untuk menjayakan perniagaan internet anda. Langkah satu merupakan pengenalan dalam buku ini dan ia juga ada menerangkan kelebihan-kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional yang lain.
Langkah 2 : Dalam bab ini barula saya tahu betapa pentingnya seorang partner dalam perniagaan internet ini. Kalau tidak ada partner, momentum perniagaan internet tidak sehebat mana kerana segala kerja anda terpaksa lakukan seorang diri dan sekiranya anda tidak mahir dalam satu-satu bidang tertentu, pasti ia akan mengambil masa anda untuk melakukannya. Perkara macam nih memang dengan mudah membunuh motivasi kita kalau tak kuat semangat. Sebab tu ramai IM yang gagal dalam perniagaan internet ini.
Langkah 3: Di sini anda diberikan cara-cara untuk mencari pasaran di dalam internet. Saya tidak ingin mengulas panjang di sini kerana ia sedikit teknikal.
Langkah 4: Anda akan didedahkan dengan model-model perniagaan internet masa kini. Kalau anda lihat, model minisite merupakan model yang sering digunakan oleh IM tempatan. Anda ingin koleksi grafik minisite secara percuma ini? Anda boleh dapatkannya di sini.
Langkah 5,6,7 dan 8 tidak perlulah saya bercerita panjang kerana langkah ini menerangkan kepada anda asas-asas bagaimana untuk memiliki domain, hosting dan cara-cara untuk membina laman web. Turut disediakan cd tutorial yang mengajar secara asas membina laman web.
Langkah 9: Merupakan bab yang terpanjang dalam buku ini dan menerangkan teknik pemasaran internet secara keseluruhan. Ada banyak teknik-teknik yang diterangkan seperti teknik mailing list, ezine, menulis artikel dan sebagainya. Kalau anda nak tahu, di internet ini terlalu banyak teknik pemasarang yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan trafik yang tinggi ke dalam laman web anda. Tetapi kena tengok juga kesesuaian laman anda dengan teknik promosi tersebut. Suka saya mengingatkan supaya tidak melompat-lompat ke teknik pemasaran yang lain. Pastikan anda fokus kepada satu teknik dahulu dan kemudian ‘leverage’kan teknik tersebut. Sekiranya teknik tersebut memang kurang berkesan buat anda, then barulah anda mencuba kepada teknik yang lebih baik.
Langkah 10: Merupakan langkah terakhir dalam membentuk pemasaran yang gemilang cemerlang dan terbilang
Membina sistem affiliate, membuat JV dan membina USP sendiri merupakan nadi utama dalam kejayaan dalam perniagaan internet ini. Anda perlu ingat, di dalam dunia internet membina hubungan dengan rakan internet yang lain amat-amatlah penting kerana tanpa network siapalah anda. Perniagaan internet ini konsepnya sama sahaja dalam perniagaan offline yang lain. Bezanya adalah medium itu sendiri.
Semoga dengan perkongsian ini, anda juga mendapat sedikit manfaat darinya. Selamat berjaya
Review Majalah IM #11. Download sekarang!
Majalah IM
Hari ini saya berminat untuk mereview satu e-majalah percuma khas untuk Internet Marketer yang ingin mendalami tentang dunia perniagaan internet. Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun majalah IM ditubuhkan dan ini merupakan edisi yang ke-11 hasil tungkus lumus Team Flarebiz dalam merealisasikannya. Tahniah sekali lagi. Saya bagi tabik spring kepada anda.![]()
Pada edisi kali ini, Majalah IM ingin mendedahkan rahsia servis dalam internet. Kali ini usahawan yang akan diinterview adalah kartunis Ubi yang terkenal dalam majalah Ujang. Sapa yang tak pernah baca Ujang? Majalah lawak no 1 negara. Kini kartunis Ubi telah memasuki dunia online bagi mengembangkan bakat sedia ada dengan melakukan servis melukis. So kepada sesiapa yang ingin gambarnya dilukis oleh kartunis Ubi, anda boleh tempah dari beliau.
Dalam majalah im tersebut tersebut anda akan mempelajari apa itu servis, servis-servis yang boleh dilakukan dalam internet dan pemasaran servis. Selalunya orang yang melakukan servis ini, mereka jarang melakukan kerja pemasaran servis mereka. Kebanyakan mereka bergantung kepada kuasa ‘word of mouth’ pelanggan. Kalau servis yang mereka berikan bagus anda berpotensi tinggi untuk mendapat pelanggan lain kerana hasil kerja anda yang bagus. Kalau servis anda teruk anda juga dapat brand. Tapi brand yang memburukkan kredibiliti anda lah. Servis yang bagus pelanggan bagitahu tiga orang, servis yang buruk pelanggan beritahu 30 orang!
Terdapat banyak lagi teknik pemasaran servis yang lain selain word of mouth. Teknik-teknik lain ini diterangkan oleh saudara Zhafran, Smartzul dan saudara Alang. Antara nama-nama besar dalam perniagaan internet ini.
Pada bahagian terakhir, satu ulasan ebook telah diberikan. Produk tersebut adalah e-book VCC (virtual card credit) hasil tulisan saudara Naem. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan kredit kad mahupun kredit kad, VCC merupakan antara alternatif lain untuk anda.
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut anda boleh mendownload majalah IM di bawah.







Recent Comments