Pentingnya Mailing List dalam perniagaan internet

by Madno on October 24, 2009

Salam sejahtera,

Dalam perniagaan internet, anda wajib ada mailing list. Jika tiada perniagaan internet anda ibarat tidak mempunyai jantung yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Begitulah juga dengan mailing list di mana ia merupakan antara aset perniagaan yang terpenting dan sekiranya seseorang tersebut kehilangan mailing list, mereka boleh bankrup besar! Terdapat banyak cara anda boleh kumpul mailing list. Dan salah satu cara terbaik adalah..

1. Berikan something yang percuma.

Berikan something yang mempunyai value kepada pelawat. Something yang berguna. Dan apabila pelawat dapat daripada anda mereka akan berterima kasih kepada anda sebanyak-banyaknya kerana jarang dijumpai diinternet. Salah satu contoh ialah ebook informasi. Anda boleh berikan maklumat yang berguna yang tidak ramai orang mengetahuinya. Atau kalau target market anda newbie, anda boleh berikan pendedahan mengenai selok-belok niche anda.

Kalau anda tidak ada idea anda boleh cari idea tersebut pada ebook-ebook bahasa Inggeris yang lain dan kemudiannya dan terjemahkan sahaja ebook tersebut. Dan tambah mana-mana yang perlu supaya ia lebih praktikal dan berguna kepada pembaca.

Dan kemudian anda boleh la promosi ebook anda untuk mendapatkan list. Pelawat sememangnya suka benda yang free dan anda boleh promosi dengan apa cara sekalipun sama seperti anda promosi produk anda.

2. Pastikan landing page anda convert well.

Walaupun ebook anda itu bagus tapi kalau landing page atau squeeze page anda tidak bagus tak guna gak. So cuba kaji mana-mana landing page yang menawarkan produk secara percuma dan kemudian cuba tiru apa yang perlu di tambah. Teknik ini amat penting supaya nilai conversion rate anda adalah tinggi. Tak tahu macam mana conversion rate berfungsi? Baiklah sebenarnya anda perlu split test page anda di mana anda mempunyai landing page A dan juga landing page B. Kedua-duanya adalah page yang sama tapi anda perlu edit bahagian-bahagian tertentu untuk melihat mana satu page yang conversionnya tinggi. Sebagai contoh page A dan page B mempunyai 100 pelawat setiap satu dan page A mempunyai 30 yang convert sebagai subscriber anda dan page B pula mempunyai 50 yang berjaya convert. So A=30/100 dan B=50/100 dan sudah tentu page B lebih berkesan untuk menarik pelawat bertukar menjadi subscriber anda. Dan anda boleh test berulangkali bagi memastikan conversion anda mencapai setinggi yang mungkin.

3. Promosi, promosi dan promosi.

Anda fikir dengan hanya ada produk yang bagus tapi promosi hampeh anda boleh hasilkan list yang banyak? Of course mustahilkan. Dari pandangan saya terdapat beberapa teknik promosi yang IM selalu lakukan dan resultnya cepat, banyak dan sudah tentunya targeted. Salah satu caranya ialah dengan melakukan JV. Anda boleh berJV dengan IM2 yang lain mengenai produk percuma anda dan sekiranya mereka bersetuju anda sudah beruntung!

Anda boleh lakukan PPL di mana anda boleh mengajak rakan-rakan IM anda dan anda boleh ajak rakan JV anda untuk turut serta dalam program PPL ini. Program Pay Per Lead adalah program di mana setiap lead yang mendaftar melalui link affiliate, mereka akan diberikan komisen. Bergantung pada setiap program komisen di Malaysia lebih kurang RM0.25 hingga Rm1.00 setiap lead. Anda juga boleh buat program seperti  ini sekiranya anda ingin mendapatkan list yang banyak dalam masa yang sangat singkat.

Itu merupakan antara promosi yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan hasil dalam masa yang singkat. Tetapi anda harus mempunyai modal yang cukup untuk membayar komisen kepada para affiliate yang berjaya menghasilkan jualan. Kalau takda duit, anda boleh buat promosi dalam pelbagai medium percuma seperti blog, facebook, forum dll. Walaubagaimanapun hasil yang anda dapat mungkin lambat sedikit berbanding dengan cara yang berbayar.

{ 5 comments… read them below or add one }

salleh October 29, 2009 at 10:54 am

Satu artikel yang menarik untuk para newbie

kodinz November 10, 2009 at 2:27 pm

Rasanya JV nagn PPL memang cepat untuk bina list.tapi kena labur sket la. cam aku mungkin amik medium yg lambat kot.kewangan x mengizinkan setakat nih.huhu.bila la bleh wat PPL nih.
ape pun nice info bro.

hasbul aqill November 30, 2009 at 8:25 pm

ya..mmg kepentingan kekemasan landing page amat perlu diberi perhatian
dalam audio majalahim dengan luvlee pon terbukti bahawa conversion jualan dari Labanon lebih baek pada
l page yang agak kemas
:)
saya ade wt post tntg kepentingannya
http://hasbulaqill.com/perniagaan-internet/perniagaan-internet-grafik-design/

tahr_bss December 27, 2009 at 12:04 pm

Terima kasih untuk tip-tip tersebut. Memang sangat-sangat berguna. Sebenarnya banyak kerja untuk berjaya dalam bisnes online, bukan mudah seperti dikata. Apa-apa pun kena start dengan pemasaran. Mengumpul mailing list baru sebahagian dari kerja yang perlu dibuat.

Step by Step Golf Swing January 1, 2010 at 1:33 am

Hi Madno, ada tak otai2 yg mengajar atau keluarkan produk khusus list building

TQ

Leave a Comment

Previous post:

Next post: