Buat Duit dari Rumah
Itu adalah tajuk buku yang ingin saya review. Buku ini telah lama berada di pasaran dan ia ditulis oleh Rozani Pawan Chek, best seller buku Menjadi Jutawan MLM. Apa yang boleh saya katakan buku ini menyentuh aspek luaran dalam buat duit dari rumah.
Buku ini menyentuh 2 bahagian atau teknik iaitu bagaimana anda dari rumah dapat menjana pendapatan dengan mail order atau dengan kata lainnya jualan secara pos. Dan bahagian kedua, penulis menyentuh secara detail mengenai perniagaan secara online. Berdasarkan apa yang saya baca dalam buku ini, penulis lebih menumpukan pada bahagian dua berbanding dalam bahagian pertama. Mungkin kerana banyak info yang boleh disampaikan mengenai perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional iaitu mail order.
Bahagian satu: Buat duit secara pos (mail order)
Dalam bahagian ini penulis menerangkan secara detail mengenai buat duit pos ini. Adakaha anda tahu buat duit pos nih macam mana? Buat duit pos lebih kurang seperti anda menjalankan perniagaan secara pos. Anda promosikan produk anda melalui pengiklanan di majalah-majalah tempatan dan juga akhbar-akhbar tempatan. Di dalam iklan tersebut, anda menyuruh mereka menghantar surat yang berisi sampul kosong dan hantar pada alamat yang ditetapkan. Kemudian sekiranya ada pembaca akhbar yang berminat dengan iklan anda, mereka akan menghantar surat yang berisi sampul kosong ke alamat anda. Setelah menerima surat tersebut, anda akan menhantar brochure pada alamat yang tertera pada surat tersebut.
Konsepnya sama seperti perniagaan online di mana, anda memberikan nama dan email anda dan kemudian pihak ketiga tersebut akan ‘follow up’ anda dari semasa ke semasa mempromosikan produk mereka. Maka, konsepnya pun sama seperti dalam bisnes wang pos ini. Beri alamat anda dan mereka akan promosikan produk mereka. Dalam buku tersebut turut memberikan idea tentang produk apa yang ingin anda jual secara pos. Penulis menyarankan supaya membuat produk informasi ia lebih mudah untuk dihasilkan dan lebih mendapat permintaan. Atau sekiranya anda seorang ahli MLM dan ingin merekrut ahli bawah untuk join tanpa kena buat closing and so on. Teknik ini pun boleh diguna pakai.Penulis juga mendedahkan teknik untuk menulis iklan, brosur yang berkesan dan meningkatkan conversion rate. Tidak lupa juga penulis ada memberikan sumber-sumber firma dari luar negara sekiranya anda berminat untuk buat duit dari rumah.
Komen: Saya agak tertarik dengan teknik ini tapi saya masih lagi belum dengar mana-mana penjual yang menggunakan teknik ini. Mereka lebih prefer teknik pengiklanan secara biasa sahaja. Ataupun mungkin penjual-penjual sekarang sudah advance dengan peredaran masa dan teknologi di mana internet dijadikan sebagai medium pemasaran. Saya mengklasifikasikan teknik ini sebagai teknik tradisional berbanding teknik moden iaitu pemasaran secara online yang akan diterangkan dalam bahagian dua buku ini. Dan saya juga merasakan teknik ini agak melecehkan kerana pelanggan terpaksa menghantar surat pulak mendapatkan lebih informasi berkenaan produk tersebut. Dalam setiap perniagaan internet, kita harus memudahkan segala proses kepada pelanggan bukannya menyusahkan. Ini akan menyebabkan pelanggan hilang minat terhadap produk yang kita tawarkan. Yang baik mengenai teknik ini ialah kurangnya persaingan dalam niche anda. Mungkin ini kelebihan sistem mail order tersebut.
Bahagian dua: Buat duit dari rumah secara online
Hmm. Pada bahagian dua ini saya sebenarnya kurang berminat untuk mengulas dengan lebih lanjut sebab perkara yang disentuh kebanyakannya adalah asas. Saya akan menerangkan serba ringkas pada bahagian kedua buku tersebut.
- Dapatkan idea
- Dapatkan domain name dan juga hosting
- 1001 teknik promosi dalam buat duit online
1. Penulis menyarankan supaya kita menjual produk yang berasaskan maklumat dan juga software. Tetapi, untuk pengetahuan anda, bukannya mudah untuk mencari maklumat yang betul-betul diperlukan orang. Sebenarnya perkara ini tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu mudah seperti yang dijangka. Perkara paling utama sekali ialah niche apa yang sesuai dengan anda. Adakah berkaitan dengan Internet Marketing? Niche kesihatan? Dalam buku tersebut, perkara ini tidak disentuh.
Menentukan niche adalah sangat penting kerana jika salah niche anda akan kerugian. Di Malaysia, niche yang paling laku sekali adalah niche business to business (B2B). Atau dengan kata lain ialah niche buat duit. Niche ini berkembang dengan begitu pesat sekali dan persaingan juga semakin ketara. Tapi itulah, niche ini selalu menjanjikan perkara yang tidak realistik dan terlalu hype. Anda harus berhati-hati. Mereka mengatakan ebook mereka adalah yang terbaik dan menjanjikan pulangan yang lumayan tapi ia tidak selalunya begitu. Anda harus dapatkan review dari mereka yang sudah mendapatkan ebook tersebut dan tanyakan kepada mereka sama ada ebook tersebut sesuai atau tidak dengan anda.
2. Domain dan hosting. Perkara ini tidak diterangkan secara detail. Sekadar tips untuk memilih hosting dan domain yang bagus. Tidak ada perkara yang menarik untuk dibincangkan.
3. Teknik promosi yang penulis huraikan terlalu banyak. Ada yang praktikal dan ada yang tidak. Ada 13 teknik promosi yang diterangkan dalam buku ini.
- Belajar SEO
- Promosi melalui direktori dan Yellow Pages
- Promosi melalui PPC
- Promosi melalui Ebook
- Promosi melalui program affiliate
- Ezine
- Forum
- Link Exchange
- Ebay
- Ruangan Chat
- Banner Exchange
- Blog
Dan di bahagian akhir, satu bahagian khas untuk memotivasikan anda dalam meneruskan perniagaan buat duit dari rumah.
Komen: Buku ini bagus untuk anda yang masih lagi newbie dan ingin berjinak-jinak dalam memulakan perniagaan internet. Tetapi berdasarkan pengamatan saya dalam penulisan beliau, saya agak ragu-ragu dalam kredibiliti beliau dalam perniagaan internet. Banyak info yang beliau berikan seperti dicedok dari satu sumber yang lain. Dan bukannya atas dasar pengalaman beliau dalam menceburi perniagaan internet. Mungkin beliau dikenali dalam MLM tapi tidak bagi saya dalam perniagaan internet.
Rate untuk ebook ini: 3/5


{ 2 comments… read them below or add one }
Bukan semua orang boleh berjaya membuat duit di internet. Ia memerlukan masa yang lama untuk belajar, dan juga memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan orang telah salah faham bahawa perniagaan internet adalah yang paling senang. Tetapi selepas anda mencubanya, dan anda akan tahu ia adalah tidak ada beza dengan perniagaan seperti biasa.
Salam..
Mengenai buat duit gaya pos tu..Saya pernah membaca sebuah buku yang bertajuk Formula Luar Biasa..Buku ini menerangkan tentang teknik rahsia dalam perniagaan gayapos.