Majalah IM
Hari ini saya berminat untuk mereview satu e-majalah percuma khas untuk Internet Marketer yang ingin mendalami tentang dunia perniagaan internet. Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun majalah IM ditubuhkan dan ini merupakan edisi yang ke-11 hasil tungkus lumus Team Flarebiz dalam merealisasikannya. Tahniah sekali lagi. Saya bagi tabik spring kepada anda.![]()
Pada edisi kali ini, Majalah IM ingin mendedahkan rahsia servis dalam internet. Kali ini usahawan yang akan diinterview adalah kartunis Ubi yang terkenal dalam majalah Ujang. Sapa yang tak pernah baca Ujang? Majalah lawak no 1 negara. Kini kartunis Ubi telah memasuki dunia online bagi mengembangkan bakat sedia ada dengan melakukan servis melukis. So kepada sesiapa yang ingin gambarnya dilukis oleh kartunis Ubi, anda boleh tempah dari beliau.
Dalam majalah im tersebut tersebut anda akan mempelajari apa itu servis, servis-servis yang boleh dilakukan dalam internet dan pemasaran servis. Selalunya orang yang melakukan servis ini, mereka jarang melakukan kerja pemasaran servis mereka. Kebanyakan mereka bergantung kepada kuasa ‘word of mouth’ pelanggan. Kalau servis yang mereka berikan bagus anda berpotensi tinggi untuk mendapat pelanggan lain kerana hasil kerja anda yang bagus. Kalau servis anda teruk anda juga dapat brand. Tapi brand yang memburukkan kredibiliti anda lah. Servis yang bagus pelanggan bagitahu tiga orang, servis yang buruk pelanggan beritahu 30 orang!
Terdapat banyak lagi teknik pemasaran servis yang lain selain word of mouth. Teknik-teknik lain ini diterangkan oleh saudara Zhafran, Smartzul dan saudara Alang. Antara nama-nama besar dalam perniagaan internet ini.
Pada bahagian terakhir, satu ulasan ebook telah diberikan. Produk tersebut adalah e-book VCC (virtual card credit) hasil tulisan saudara Naem. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan kredit kad mahupun kredit kad, VCC merupakan antara alternatif lain untuk anda.
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut anda boleh mendownload majalah IM di bawah.


{ 5 comments… read them below or add one }
Tahniah kerana mendapat tempat pertama bagi pertandingan review Majalah IM ke-12.
Sila berikan Nama Penuh, Alamat dan No Telefon Madno untuk penghantaran hadiah pertandingan review Majalah IM ke-12 ke rumah Madno di syringa28@yahoo.com . Thanks!
Ohh..silap. Majalah IM ke-11 la..Maafkan saya.
Tahniah madno atas kemenangan saudara review majalah im#11. Teruskan berkarya terutamanya tentang review produk.
sama-sama =) saya bernasib baik jer tu. ramai lagi yg hebat2 review mereka.